Tuesday, April 21, 2009

Read Only....

Hari ini entah macam mane tergerak aku open blog ni atas name yang selalu tergerak difikiran aku rasfa… Mudah disebut sentiase dlm ingatan. Baru before this week ni aku bace satu blog yang menarik menceritakan perit merih liku2 kehidupan menjadi mama. Di cni aku nak cerita la pasai experience aku dulu.

Aku sekarang menetap di Bangsar ngan my hubby & my daughter Fatin Arissa yang berusia 6 month. Now, my baby dah kurang tido asyik nak main jer. Malam tadi, sedar2 jer dalam pukul 1 a.m die tgh menyarap. Aku ambik ler nak suruh tido die melalak plak, aku bg susu konon bg rasuah tido ler die tp hampeh. Asyik2 melayan aku tertido my baby ttp degil tak mau tido nak main plak. Aku pun tak tau ape jd lepas tu kat my baby. Esok dah ler keje ngantuk ler esok aku kat ofis.

Dalam pkl 4.30 a.m aku terjaga oleh teriakkan baby.. Aku enjut punye enjut akhirnya die tewas gek. Aku rase tak berape saat tido tibe2 set alarm plak menjalankan tugasnye. Alamak sakit atii tul ler nak jer aku baling Hp ni baru nak layan.. My baby asyik tido lawan ngan my hubby sape yang paling kuat bedengkur..

Td aku ader terbace blog best yang aku nak syer ngan yang sesape layan blog aku ni pasai cite sorang anak ni die selalu kene tengking ngan mak die.. Adik beradik yang lain tak plak kene mcm die. Mak die sll kate die ni bwk sial dah la muke hodoh.. Patut nye die bersyukur coz dianugerahkan cahaya mata dari Ilahi. PK ler tak sume didunia ni mendapat rezeki berharga ini. Bersyukurlah…. Kat cni aku selitkan ape yg aku bace. So same2 ler kite ambik ikhtibar. Mane yang baik dating dari Allah dan yang kurang itu datang dari aku yang serba daif ini…

Hari ni ketika saja-saja menyelak Harian Metro online, saya terbaca satu artikel yang agak menyedihkan.. Baru beberapa hari lepas saya mengepost entri mengenai anak=haiwan?, kali ini bagaimana seorang gadis menceritakan betapa beliau dilayan tidak seperti manusia oleh ibunya..
Berikut sedikit petikan artikel tersebut :-

Sial wajah hodoh

KUALA LUMPUR: Dimaki ibu kandung dengan perkataan anak sial, bodoh dan tak sedar diuntung adalah ‘makanan’ hariannya, selain dipukul serta dirotan. Dia juga pernah dikurung tanpa diberi makan, disuruh ketuk ketampi 10,000 kali sehingga pengsan dan lebih malang lagi, diperkosa dua abang serta seorang saudaranya sendiri.

“Semua itu berlaku ketika saya kanak-kanak sehingga remaja. Sampai sekarang saya tak tahu kenapa ibu dan adik beradik begitu membenci dan tergamak membuat saya begitu. Hanya saya yang menerima layanan kejam ibu. Adik beradik lain dilayan dengan baik,” kata wanita malang yang hanya mahu dikenali sebagai Suria.

Baca kisah selanjutnya di Harian Metro online

Kalau anda membaca keseluruhan cerita memang agak menyedihkan.. Bayangkan seorang anak sepatutnya mendapat kasih sayang seorang ibu tapi akhirnya mendapat kesusahan pula.. Walaubagaimanapun itu adalah dugaan dariNya.. Mungkin penulis akan mendapat rahmat dariNya atas kesabaran melayan karenah ibu beliau.. Wallahualam..

p/s :Artikel ini adalah berdasarkan artikel di harian metro, kesahihannya tidak dapat dibuktikan. Walaubagaimanapun diharap menjadi pengajaran untuk kita semua


Guru masuk lokap

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..
Nampaknya banyak isu yang diketengahkan oleh media masa dari kisah Tun Dr M keluar UMNO, gegaran gempa di KL dan banyak lagi isu-isu yang mengemparkan warung kedai kopi dan gerai blog-blog di seluruh Malaysia amnya..
Walau pun banyak isu boleh diketengahkan namun satu berita mengaibkan mendapat perhatian saya…


“Guru dapat aib “
Kuala Lumpur : Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini..
Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.
bla.. bla.. bla..
Sumber memberitahu Harian Metro, bapa murid terbabit tersinggung dengan kata-kata kasar guru itu terhadap anaknya.
Malah katanya, bapa murid terbabit mendapat kerjasama daripada seorang saudara yang juga anggota polis yang dipercayai bertindak terhadap guru terbabit.
bla..bla.. bla
Sumber itu berkata, bapa murid terbabit sanggup menggunakan tindakan yang tidak masuk akal untuk memalukan guru berkenaan.
bla..bla..bla..
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Kommisioner II, Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan guru terbabit oleh beberapa anggota polis disekolahnya..
bla..bla..bla

Tak percaya?? Baca artikel penuh di hmetro..

Sebenarnya insiden ini memang memalukan.. Bagaimana agaknya ingin mendidik jika anak tidak boleh ditegur??? Situasi ini sedikit sebanyak akan menyebabkan institusi perguruan menjadi profesion yang menakutkan bagi para siswazah.. Saya memang kecewa dengan bapa murid tersebut.. Mengapa terlalu singkat pemikiran beliau.. Adakah seronok memalukan guru tersebut??
Betapa lembiknya bapa murid dan murid tersebut.. Bila terkenang masa lalu di waktu persekolahan saya, dicubit pipi, ditempeleng dan di rotan merupakan perkara yang lumrah bagi pelajar-pelajar pada waktu saya.. Walau pun saya pernah dilempang oleh cikgu gara-gara tidak membawa buku teks, bermain di surau, lari sekolah namun tidak pernah pun mengadu kepada ibu bapa..
Tapi budak-budak kini cukup manja.. Hanya diberi amaran diadunya pada bapa.. Dan lebih teruk bapanye mengambil tindakan kebudak-budakan.. Macam mana Cikgu Azleen, Zuhairy dan lain-lain cikgu nak memajukan anak bangsa…

Walaupun saya belum berkahwin dan tidak memiliki anak ( anak tekak je ada) namun rasanya keadaan memanjakan anak akan cuba dihindar.. Jika saya diizinkan olehNya untuk dikurniakan anak, sudah pastinya saya akan membenarkan anak saya dirotan, dilempang selagi ianya tidak menyebabkan kecacatan.. Kenapa?? Kerana disebabkan dilempang saya menjadi seorang manusia.. Walaupun tidaklah hebat manapun tapi sekurang-kurangnya saya mampu menjadi penulis blog dan anda sedang membacanya.. :).. Lagipun kadar untuk saya merotan dan memukul anak saya ialah 1 % jadi jika ada guru mungkin mereka akan menjadi lebih mengerti kehidupan..

Lagi satu yang menjengkelkan ialah kenapa beliau ditahan oleh pihak polis disekolah.?? Perkara ini sedikit sebanyak merendahkan martabat polis negara.. Diharap Ketua Polis Negara memandang isu ini dengan lebih teliti.. Ini kerana penyalahgunaan kuasa di kalangan polis akan menimbulkan ketidakpercayaan terhadap institusi keselamatan negara… Mungkin kalangan polis yang membaca isu terbabit membawa isu tersebut ke tengah ..

Apa pendapat anda pula?? Setuju atau tidak dengan perbuatan bapa terbabit??

p/s :- Baru beberapa hari Sambutan Hari Guru kini mereka diaibkan pula.. Agak-agak siapa bapa murid terbabit??? Adakah beliau individu terkenal sehingga mampu mengarah polis menahan guru terbabit.??



0 comments:

Post a Comment

© My Luv - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart